Khamis, 15 Mac 2012

Ulasan Filem 7 Petala Cinta


7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang digarap oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.

Poster Filem 7 Petala Cinta
Sinopsis Filem 7 Petala Cinta

Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.

Ulasan Lanjut Daripada Kosmo 

FILEM 7 Petala Cinta sememangnya sebuah naskhah keagamaan berbeza yang pernah ditayangkan di layar perak sebelum ini. Kebanyakan babak dalam filem arahan Azhari Zain ini menampilkan kesenian halus Islam yang jarang ditonjolkan dalam mana-mana filem tempatan bergenre sama sebelum ini.

Sebagai pelakon dalam filem sebegini, Aeril Zafrel, Shima Anuar, Diana Amir dan Fizo Omar perlu lebih berhati-hati kerana penambahan skrip, khususnya dialog bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Bagi mereka juga, ia bukan merupakan sebuah filem berat, namun kerana kehalusan Islam yang ditonjolkan dalam filem ini, mereka perlu menjaga segala hal dalam lakonan yang ingin dipersembahkan.

Apa yang menariknya, bagi keempat-empat pelakon muda ini, berlakon dalam 7 Petala Cinta merupakan pengalaman pertama mereka memegang watak sebagai orang yang warak dan tinggi ilmu agama.

Menerusi filem ini juga, banyak yang mereka pelajari tentang ilmu agama yang mana sebelum ini mereka mungkin jahil tentangnya.

Hilma Aqila ubah Diana

Menurut Diana Amir yang memegang watak Hilma Aqila dalam filem ini, watak ini merupakan salah satu sebab dia dia kini bertudung.

“Ini merupakan filem pertama menampilkan Diana bertudung walaupun ketika itu di alam realiti saya masih belum bertudung. Keistimewaan filem ini adalah ia memberi kelebihan kepada Diana untuk berubah. Semasa penggambaran filem ini, saya rasa terbuka hati untuk berhijrah diri.

“Ini kerana selama sebulan dan sepanjang penggambaran, hari-hari saya memakai tudung walaupun di luar set untuk lebih menjiwai watak. Diana akui, filem ini memang salah satu sebab untuk Diana berubah,” ungkapnya semasa majlis pratonton 7 Petala Cinta di MBO, Subang Parade, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Ujar Diana lagi, filem ini membawa perubahan baik terhadap dirinya dan dia mula berasa segan dengan diri sendiri kerana tahu di mana tahap dirinya ketika itu.

Salah Satu Seni Halus Dalam Islam Yang Ditonjolkan Dalam Drama Ini

Hamka idaman Fizo

Bagi pelakon berbadan sasa, Fizo Omar, walaupun hanya muncul di awal filem, kemudian hilang dan muncul semula di akhir filem ini, dia gembira dapat melakonkan watak Hamka yang diberi kepadanya.

“Memang Hamka watak idaman saya kerana sebelum ini banyak watak yang saya telah cuba, cuma saya belum dapat watak alim atau ustaz. Ini kali pertama saya bawakan watak seperti ini.

“Mungkin babak yang paling mencabar adalah pada bahagian akhir filem yang mana saya perlu benar-benar bermain dengan emosi dalaman. Ini kerana pengarah tidak mahu saya bercakap, tapi saya perlu sampaikan emosi dalaman itu tanpa dialog yang banyak,” ujar Fizo yang mengatakan filem seperti ini merupakan cara terbaik untuk berdakwah.
Fizo sebagai Hamka


Tambah Fizo, dia sangat selesa bergandingan dengan Aeril, Diana dan Shima dalam filem ini, kerana mereka sering bekerjasama untuk mendapatkan yang terbaik bagi tatapan penonton. 


“Sering berbincang dan membuat latihan menjadi amalan kami berempat ketika di set penggambaran,” ujarnya.

Hidayah buat Aeril

Menjiwai watak Ahmad Fakhruddin Attar banyak mengajar Aeril Zafrel tentang ilmu agama dengan lebih mendalam. Dari segi lakonan Aeril sebagai Attar, dia banyak bermain dengan emosi dalaman yang memerlukan Aeril membuat kajian yang terperinci agar tidak menyinggung mana-mana pihak.

“Cabaran bagi saya yang mana saya perlu banyak menjaga percakapan kerana tidak mahu tersalah kata kerana ini adalah tentang agama dan ia merupakan perkara yang sensitif. Sebenarnya, ia merupakan sebuah filem yang ringan, namun mungkin kerana genre Islamik, maka ramai yang menganggap ia sebuah filem berat.

“Alhamdulillah, sebenarnya saya memperolehi banyak perkara positif dari penggambaran filem ini. Mungkin hidayah hadir ke dalam diri saya dalam keadaan dan cara begini. Saya masih seperti biasa, tapi mungkin siapa yang rapat dengan saya akan perasan sedikit perubahan diri saya,” tutur Aeril.

Akhirinya, antara babak yang mencabar diri sebagai seorang pelakon 7 Petala Cinta adalah pada babak di rumah pelacuran bersama Nida iaitu watak yang dilakonkan oleh Putri Mardiana. Babak itu menampilkan Attar yang ingin mengambil kain sarbannya pemberian gurunya tertinggal di situ. Saat itu, dia perlu menunjukkan emosi kepada penonton betapa berertinya kain tersebut buat dirinya. 

Saidatul Nisa cabar Shima

Bagi bekas pelajar kelulusan Diploma Seni Lakon Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) ini, dirinya bersyukur kerana ditawarkan watak sebegini.

Diperlukan memakai purdah, bagi Shima watak lakonannya sebagai Saidatul Nisa dalam 7 Petala Cinta sangat mencabar.

“Sangat mencabar. Kerana watak saya sebagai wanita yang memakai purdah dan apa sahaja reaksi saya, hanya nampak di mata sahaja. Jadi saya perlu bijak bermain emosi hanya menggunakan mata dan reaksi badan saya.

“Jadi, sebagai pelakon baharu, ia juga merupakan proses pembelajaran bagi diri. Saya juga tidak rasa rugi kerana mungkin orang tidak akan mengenali saya kerana hanya nampak mata semasa berlakon. Saya masih boleh tonjolkan bakat saya melalui lakonan itu,” ceritanya yang juga memasuki kelas mengaji untuk lebih mempelajari tajwid bersama pelakon lain.
Diana Amir Memakai Tudung
Aeril Sebagai Attar
Gambaran Filem Genre Islamik

Kisah Anak Muda Dalam Suka Duka & Alam Percintaan Ketika Menuntut Di Institusi Pendidikan Islam

Membariskan pelakon muda seperti Fizo, Shima Anuar, Aeril Zafril, Diana Amir, Putri Mardiana. Turut dibantu oleh Epy Raja Lawak dan Zalif Sidek. Gandingan ini diperkuatkan lagi dengan bantuan pelakon lain iaitu Ustaz Dini Juri, Ummi Rosiah, Zul Suphian, Wak Di dan Alex Yanz. Tarikh Tayangan adalah pada hari ini dan jangan lupa untuk ke pawagam melihatnya. ^^v~

Dibawah ini merupakan trailer dan juga disebalik tabir filem 7 Petala Cinta.

TRAILER



Di Sebalik Tabir 7 Petala Cinta



OST 7 Petala Cinta








1 ulasan:

  1. Terimakasih atas ulasannya. Namunada pula ulasan lain yang bertolak belakang di situs http://kayuhbaimbai.org/7-petala-cinta-adaptasi-novel-jazirah-cinta.php, mungkin bisa saling berbagi informasi lebih lanjut tentang 7 petala langit

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...