Sabtu, 2 April 2011

Artis Korea Kacak, Cantik & Bijak?

Girls Generation [ SNSD K-Pop Artists ]
Tentu sekarang ini sedang sibuk memohon untuk memasuki kolej atau universiti pilihan masing-masing.

Seperti di Malaysia, Mac juga bulan yang sibuk bagi artis remaja di Korea. Ini kerana, majlis graduasi sekolah tinggi selalunya diadakan sepanjang Februari manakala bulan ini kebanyakan mereka mula mendaftar masuk ke kolej dan universiti.

Ujian kemasukan ke institusi pengajian tinggi di negara itu sudah pun berlangsung akhir tahun lalu dan difahamkan ramai kalangan bintang K-pop yang mendudukinya.

Antaranya Jinwoon iaitu anggota termuda 2AM, Key dan Minho daripada SHINee; Jae Jin (FT Island), Ga Yoon (4Minute) serta Joon Hyun, Hyun Seung dan Kikwang daripada BEAST.

Shinee
Walaupun rata-rata artis Korea mula menceburi industri hiburan negara itu pada usia belasan tahun, namun pelajaran tetap menjadi keutamaan mereka.

Tidak kira sepopular mana pun mereka, apabila tiba masa untuk memasuki kolej atau universiti - ramai yang tidak kekok menghadiri kuliah dan tutorial seperti penuntut biasa.

Baru-baru ini, ramai bintang remaja yang dilihat mendaftar sebagai penuntut baru kolej atau universiti.

Untuk sesi 2011, Minho (SHINee) akan bergelar siswa Universiti Konkuk manakala Goo Hara (KARA) dan rakan artis, Lee Se Young pula melaporkan diri di Sungshin Women University.

Gambar kedua-duanya dengan imej segar sebagai siswi bersama dekan dipaparkan dalam laman web rasmi universiti itu akhir bulan lalu.

Hara, 20, yang dinobatkan sebagai Pengacara Wanita Terbaik KBS 2010 akan mengambil pengkhususan dalam bidang lakonan.

Teman baiknya yang sebaya, Jinwoon (2AM) pula akan memulakan pengajian filem dan teater di Universiti Daejin dalam wilayah Gyeonggi.

Heroin Boys Over Flowers, Goo Hye Sun pula diterima memasuki Sungkyunkwan, salah sebuah universiti ternama di Korea - yang menjadi latar drama popular Sungkyunkwan Scandal tahun lalu.

Anggota T-ara, Hyomin kini penuntut tahun empat dalam bidang teater di universiti itu.

Artis remaja yang telah memulakan hidup kampus termasuk Seohyun daripada Girls Generation (SNSD) di Universiti Dongguk dan ketua kumpulan SHINee, Onew di Universiti Chungwoon dalam bidang muzik.
Seohyun


Bintang K-pop lain yang kini masih menuntut ialah vokalis utama FT Island, Lee Hongki dan Kyuhyun daripada Super Junior di Universiti Kyunghee; ketua dan pemain gitar FT Island, Jonghun di Universiti Kyunggi; dua lagi anggota SuJu, Sungmin dan Donghae serta Yunho (DBSK) di Universiti Myongji.

Nampaknya bintang remaja Korea ini benar-benar mempersiapkan diri mereka dengan ilmu untuk menjadi yang terbaik dalam bidang masing-masing.

Tidak hairanlah persembahan mereka baik di pentas mahupun di layar perak, cukup meyakinkan sehingga memikat hati para peminat termasuk di luar Korea!

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...