Isnin, 14 Mac 2011

Wanita : ~ Tips Memilih Tudung

Hiasan Sahaja
Kalau sebut pasal tudung wanita nie, saya memang tak pandai nak memilih, sebab kadang-kadang, lain orang, lain pilihannya, wanita Islam digalakkan untuk memakai tudung bagi menutup aurat, fesyen tudung wanita memang banyak corak dan warna, corak, fesyen dan warna jugak menentukan sama ada sesuai atau tidak dengan pakaian yang kita pakai. Bagi lelaki, ramai yang tidak tahu untuk membeli tudung kerana lelaki tidak pernah pakai tudung .... HeHe ;D , untuk pasangannya, isteri atau hadiah untuk seseorang. Jadi, saya telah merentas ke sebuah website e-Petua untuk mendapatkan tipsnya. Ayuh, kita jalan...


1:  Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas dan kain kasa (bawal).

2:  Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

3:  Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda. Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.

4:  Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.

5:  Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.

6:  Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.

7:  Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.

8:  Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.

9:  Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

10: Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang.  Elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.

11:  Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.





Sumber : e-Petua

2 ulasan:

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...