Sabtu, 19 Februari 2011

8 Kesilapan Ketika Bercinta

Wanita Solehah
Tips kali ini adalah untuk menyedarkan kita sedikit sebanyak mengenai kesilapan kita sewaktu bercinta , memilih pasangan hidup ataupun mahu berkahwin. Sebagainya lelaki, kita harus memilih wanita yang baik-baik dan mampu memberikan kebahagiaan kepada kita kelak, begitu juga dengan wanita. Pilih pasangan atau bakal suami yang mampu membuatkan kita gembira, mampu menjaga kita, mampu memberi nafkah kepada kita dan yang paling penting sekali menyayangi kita serta menerima kita seadanya.

1.Bercinta kerana harta

Harta senang dicari, harta juga senang pergi. Harta kadang-kadang susah, kadang-kadang senang. Mencari harta halal perlukan masa, mencari harta haram perlukan sesaat. Cinta yang sesat cepat dapat, tapi cinta yang sejati perlukan masa dan tidak boleh dibeli oleh harta.

2.Bercinta kerana perasaan asmara

Cinta bukan asmara. Asmara cepat berubah oleh tempat, waktu, keaadaan, darjat dan harta. Asmara itu buta, tidak tahan diuji. Cinta yang murni adalah cinta yang diuji dalam duka dan suka dengan mata terbuka dan hati yang jujur serta ikhlas.


3.Bercinta kerana desakan usia

Bila usia dah lanjut, maka ramailah kawan-kawan atau saudara-mara yang yang memandang rendah dan kasihan pada kamu, dan kamu mulalah berasa gelisah lalu menerima sebarang wanita menjadi pasangan kamu tanpa memikirkan masa hadapan dan baik buruk pasangan kamu itu. Waspadalah....

4.Bercinta untuk membalas jasa

Bercinta apabila terasa seakan-akan terhutang budinya adalah kesilapan yang jarang sekali kita nampak kerana ia melibatkan keikhlasan dalam hati. Tidak salah membalas budinya dengan cinta, tapi sewajarnya balaslah budinya dengan cara lain seperti memberi hadiah atau membantunya.

Cinta main-main

5.Jangan berkahwin untuk kepuasan seks sahaja

Cinta hanya untuk seks tiada makna kerana cinta sebegitu hanyalah tertumpu atas kepuasan nafsu sahaja tanpa kejujuran dan keikhlasan. Malah cinta sebegitu mendorong kearah penzinaan dan maksiat. Cintalah seseorang itu kerana ingin mengambilnya sebagai teman hidup, suami dan isteri. Sesungguhnya seks dengan cinta adalah nikmat terbesar yang Tuhan bagi.

6.Jangan bernikah kerana paksaan keluarga

Mungkin kita sudah ada pasangan kita atau yang kita berkenan. Mungkin hati kita sudah nampak dan sayang padanya. Sekiranya si dia pergi, kita akan rasa terluka. Sekiranya kita dipaksa oleh ibu bapa untuk menjodohkan kita, kita terangkanlah dengan sebaik-baiknya kerana sekiranya kita berkahwin dengan orang lain, tapi hati tetap pada si dia, adakah kita bahagia? Berkahwinlah dengan si dia yang kamu suka, insyaAllah... kamu bahagia. Tapi sekiranya kamu tidak terdesak atau merelakan itu yang terbaik, turutilah kata ibu bapa kamu.

Perkahwinan

7.Jangan bernikah kerana rasa kasihan

Kasihankan seseorang memang  baik, tapi kita harus berwaspada. Kasihan senang sahaja hilang, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar perkahwinan adalah kasih, bukan atas dasar belas kasihan, kadang-kadang bernikah atas belas kasihan seumpama memandang rendah pada si dia.


Cinta Sejati



0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...